Rabu, 4 Ogos 2010

Program Motivasi Peperiksaan Pelajar PMR 2010


Ibu bapa dan semua pelajar tingkatan tiga 2010 hadir pada petang 4 Ogos 2010 dalam Program Motivasi Peperiksaan PMR 2010 di Dewan Bestari. Melalui sesi ceramah oleh penceramah jemputan, Ustaz Norazman Mohamad, pelajar-pelajar menginsafi tanggungjawab dan peranan mereka untuk mencapai kecemerlangan, sekali gus memiliki watak insan mulia. Kebanyakan pelajar menangis mengalirkan air mata dan berpelukan dengan ibu bapa mereka dan menulis azam serta janji untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi anak yang soleh.

Khamis, 29 Julai 2010

Pelancaran Desa e-Kasih di Kg. Londah Gemas


YB. Dato' Seri Shapie Apdal dan YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hasan

Pelajar-pelajar SMK Jelai (F)

Tuan PPD Tampin dan Pengetua SMK Jelai (F) turut hadir

10 orang pelajar SMK Jelai (F) bertuah untuk hadir ke Pelancaran Desa e-Kasih berhampiran Kg. Londah, Gemas pada 29 Julai 2010. Dapat bertemu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato' Seri Mohd. Shapie Apdal dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan. Desa e-Kasih merupakan satu projek kerajaan untuk menyediakan kediaman kepada mereka yang miskin dan tidak berumah.

Jumaat, 23 Julai 2010

SMK Jelai (F) Model Pembestarian Pendidikan Daeah Tampin



Oleh sebab SMK Jelai (F) merupakan model atau contoh kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Tampin, daripada aspek pembangunan ICT, maka Program Pembestarian Cemerlang anjuran BTPNS, PKG dan PPD Tampin diadakan di sekolah ini pada 22 Julai 2010. Semua pengetua, guru besar dan guru penyelaras bestari daerah Tampin hadir dalam program ini.

En. Omar Ahmad, pengetua sekolah dan En. Noor Haslin Moksin, jurulatih utama Thinkquest diberi mandat untuk membentangkan ceramah perkongsian pengalaman dalam usaha membangunkan budaya ICT di sekolah ini.

Pelajar-pelajar yang menjadi tonggak kejayaan sekolah iaitu peserta-peserta Thinkquest dan Pengawas Makmal Komputer turut mengadakan pameran kejayaan mereka.

Rabu, 21 Julai 2010

Bengkel Pemantapan Diri Remaja


Program Bengkel Pemantapan Diri Remaja pada 21 Julai 2010 melibatkan 49 orang pelajar tingkatan empat (semuanya perempuan) merupakan program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama SMK Jelai (F). Diharapkan, program ini berupaya memberi kesedaran kepada semua peserta untuk mempunyai benteng diri menghadapi cabaran remaja masa kini khususnya cabaran sosial dan pengaruh kurang sihat.

Tahniah buat semua peserta terutamanya 5 orang peserta yang terpilih sebagai peserta terbaik. Kepada barisan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlibat, terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik menjayakan program.

Selasa, 20 Julai 2010

Prosedur Lawatan Pelajar

Prosedur Lawatan Pendidikan Murid Sekolah

Tips Untuk Pelajar : Atasi Rasa Rendah Diri

Isnin, 19 Julai 2010

Tugas dan Peranan PK HEM

1. Senarai Tugas Pengetua / Guru Besar dalam Pengurusan HEM

1.1 Pengurus Kurikulum
1.2 Pembangunan Diri Murid
1.3 Pengurusan dan Pembangunan
1.3.1 Murid
1.3.2 Pengurusan Personel
1.3.3 Kewangan
1.3.4 Kemudahan Fizikal
1.4 Pembangunan Organisasi.
1.5 Pembangunan Kendiri
1.6 Polisi Sekolah Selamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaraan secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat:

1.6.1 Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
1.6.2 Menyediakan Buku Panduan Sekolah Selamat untuk diedar kepada warga sekolah.
1.6.3 Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh dan tegas.
1.6.4 Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukannya.
1.6.5 Menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.
1.6.6 Mewujudkan pelan pengurusan krisis.
1.6.7 Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
1.6.8 Memastikan wujudnya unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kegiatan luar murid serta aktiviti kokurikulum dan sukan.


2. Senarai Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

2.1. Bidang Tugas

2.1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan
2.1.2 Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan Pengetua.
2.1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada)
2.1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang
2.1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 2.1.3 di atas
2.1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

2.2. Senarai Tugas

2.2.1 Disiplin

2.2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni
2.2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
2.2.1.3 Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah
2.2.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku
2.2.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid contohnya SSDM.
2.2.1.6 Menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Murid.
2.2.1.7 Merancang dan melaksanakan program peningkatan disiplin dan sahsiah murid.

2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru bimbingan dan kaunseling.
2.2.2.2 Menyelaras dan memastikan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta laporan disediakan oleh Guru Kaunseling.
2.2.2.3 Merancang dan melaksanakan program–program pengembangan, pencegahan dan pemulihan murid.

2.2.3 Program Pelindungan Murid

2.2.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat sekolah
2.2.3.2 Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan
2.2.3.3 Mengurus Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

2.2.4 Pentadbiran

2.2.4.1 Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid
2.2.4.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid
2.2.4.3 Mengurus pertukaran murid
2.2.4.4 Menyemak Buku Kedatangan Harian murid.
2.2.4.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah
2.2.4.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
2.2.4.7 Membantu merancang Takwin Sekolah

2.2.5 Kesihatan

2.2.5.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid
2.2.5.2 Memastikan program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001 / 002 dan PKS 1 / PKS 2
2.2.5.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah
2.2.5.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid

2.2.6 Skim Pinjaman Buku Teks

2.2.6.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira
2.2.6.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan
2.2.6.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks
2.2.6.4 Menyelaras kelulusan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks.

2.2.7 Biasiswa dan Bantuan

2.2.7.1 Menyelaras perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan
2.2.7.2 Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan
2.2.7.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid
2.2.7.4 Mengurus permohonan biasiswa dan bantuan

2.2.8 Polisi Sekolah Selamat

2.2.8.1 Menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Sekolah Selamat.
2.2.8.2 Membantu Pengetua dan Jawatankuasa Sekolah Selamat menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat.
2.2.8.3 Membantu menguatkuasakan semua peraturan sekolah.
2.2.8.4 Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.
2.2.8.5 Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis.
2.2.8.6 Mengenalpasti amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.
2.2.8.7 Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan
2.2.8.8 Menyelaras rekod peristiwa mengenai keselamatan.

2.3. Pengawasan Asrama (jika ada)

2.3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama
2.3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama
2.3.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama
2.3.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama
2.3.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur
2.3.6 Menyelaraskan pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama
2.3.7 Membantu dalam urusan sebutharga / tender makanan asrama sekolah
2.3.8 Mempastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah
2.3.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama
2.3.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama
2.3.11 Mengurus pemilihan penghuni asrama.

2.4. Tugas-tugas lain

2.4.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa
2.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang berkaitan dengan tugas rasmi diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.