Memaparkan catatan dengan label Aktiviti 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti 2010. Papar semua catatan

Isnin, 30 Ogos 2010

Program Khatam al-Quran 2010



Program tersebut telah berjalan sepanjang bulan Ramadan. Kesemua pelajar terlibat telah menerima senaskah al-Quran hasil sumbangan banyak pihak. Kemuncaknya ialah pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadan. Majlis Khatam al-Quran telah dijayakan selepas solat Asar dan seterusnya Program Iftar Ramadan bersama guru-guru, tetamu jemputan dan PIBG.

Rabu, 4 Ogos 2010

Program Motivasi Peperiksaan Pelajar PMR 2010


Ibu bapa dan semua pelajar tingkatan tiga 2010 hadir pada petang 4 Ogos 2010 dalam Program Motivasi Peperiksaan PMR 2010 di Dewan Bestari. Melalui sesi ceramah oleh penceramah jemputan, Ustaz Norazman Mohamad, pelajar-pelajar menginsafi tanggungjawab dan peranan mereka untuk mencapai kecemerlangan, sekali gus memiliki watak insan mulia. Kebanyakan pelajar menangis mengalirkan air mata dan berpelukan dengan ibu bapa mereka dan menulis azam serta janji untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi anak yang soleh.

Khamis, 29 Julai 2010

Pelancaran Desa e-Kasih di Kg. Londah Gemas


YB. Dato' Seri Shapie Apdal dan YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hasan

Pelajar-pelajar SMK Jelai (F)

Tuan PPD Tampin dan Pengetua SMK Jelai (F) turut hadir

10 orang pelajar SMK Jelai (F) bertuah untuk hadir ke Pelancaran Desa e-Kasih berhampiran Kg. Londah, Gemas pada 29 Julai 2010. Dapat bertemu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato' Seri Mohd. Shapie Apdal dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan. Desa e-Kasih merupakan satu projek kerajaan untuk menyediakan kediaman kepada mereka yang miskin dan tidak berumah.

Jumaat, 23 Julai 2010

SMK Jelai (F) Model Pembestarian Pendidikan Daeah Tampin



Oleh sebab SMK Jelai (F) merupakan model atau contoh kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Tampin, daripada aspek pembangunan ICT, maka Program Pembestarian Cemerlang anjuran BTPNS, PKG dan PPD Tampin diadakan di sekolah ini pada 22 Julai 2010. Semua pengetua, guru besar dan guru penyelaras bestari daerah Tampin hadir dalam program ini.

En. Omar Ahmad, pengetua sekolah dan En. Noor Haslin Moksin, jurulatih utama Thinkquest diberi mandat untuk membentangkan ceramah perkongsian pengalaman dalam usaha membangunkan budaya ICT di sekolah ini.

Pelajar-pelajar yang menjadi tonggak kejayaan sekolah iaitu peserta-peserta Thinkquest dan Pengawas Makmal Komputer turut mengadakan pameran kejayaan mereka.

Rabu, 21 Julai 2010

Bengkel Pemantapan Diri Remaja


Program Bengkel Pemantapan Diri Remaja pada 21 Julai 2010 melibatkan 49 orang pelajar tingkatan empat (semuanya perempuan) merupakan program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama SMK Jelai (F). Diharapkan, program ini berupaya memberi kesedaran kepada semua peserta untuk mempunyai benteng diri menghadapi cabaran remaja masa kini khususnya cabaran sosial dan pengaruh kurang sihat.

Tahniah buat semua peserta terutamanya 5 orang peserta yang terpilih sebagai peserta terbaik. Kepada barisan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlibat, terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik menjayakan program.

Khamis, 8 Julai 2010

Program Bengkel Seni Muzik Bersama PERIMU

Terima kasih kepada 3 penggerak utama Persatuan Pencinta Seni dan Muzik Malaysia (PERIMU) kerana telah menjayakan program khas bersama pelajar tingkatan yang bermasalah disiplin seramai 40 orang. Melalui penghayatan seni muzik dan seni suara, pelajar mendapat kesedaran bahawa mereka ada tanggungjawab sebagai pelajar dan memanfaatkan seni untuk membaiki diri dan mengenal pasti seni hiburan yang positif terutamanya berunsur dakwah untuk menjadi modal insan yang berguna. Program selama tiga jam mendapat perhatian dan kerjasama yang baik daripada semua peserta.

Rabu, 7 Julai 2010

Aktiviti Bersama Kolej PTPL Seremban

Pada Hari Kokurikulum, Hari Terbuka dan Koperasi 7 Julai 2010, Kolej PTPL Seremban telah mengadakan bengkel kerjaya dan aktiviti "Career Hunt" khusus untuk pelajar Tingkatan Lima. Tiga pasukan terbaik dalam aktiviti yang diadakan telah mendapat hadiah kemenangan. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menguruskan program ini.