Jumaat, 25 Mac 2011

Lawatan Kerja PPD Tampin



Sebelum persaraan beliau, Tuan Hj. Mad Aris bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin telah mengadakan lawatan kerja pada 24 Mac 2011. Beliau menyampaikan amanat kepada guru, staf dan pelajar di Dewan Bestari. Ketibaan beliau disambut meriah dan beliau menyempurnakan upacara lintas hormat terhadap platun Kadet Polis Puteri. Selaku bekas pengetua sekolah ini pada 2005-2006, beliau turut menceritakan pengalaman beliau dan menyatakan harapannya terhadap masa hadapan sekolah ini.
Beliau kemudiannya, melakukan upacara penanaman pokok kenangan, melepaskan ikan baru ke kolam ikan yang diasaskannya dahulu dan merasmikan salah satu taman sekolah. Taman itu diabadikan dengan nama beliau. Akhir sekali, Kadet Polis sekali lagi mengiringi beliau semasa mengakhiri lawatan kerjanya. Selamat Bersara, Tuan..

Kursus Pemantapan Akidah 2011



Seramai 40 orang pelajar SMK Jelai (F) menyertai Kursus Pemantapan Akidah 2011 di Pusat Pemulihan Akidah Jelebu pada 22 hingga 24 Mac 2011. Program kali ketiga ini merupakan usaha untuk meningkatkan kefahaman terhadap agama dan meningkatkan sahsiah pelajar. Turut bersama ialah 40 pelajar SMK Permata.