Isnin, 30 Ogos 2010

Program Khatam al-Quran 2010



Program tersebut telah berjalan sepanjang bulan Ramadan. Kesemua pelajar terlibat telah menerima senaskah al-Quran hasil sumbangan banyak pihak. Kemuncaknya ialah pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadan. Majlis Khatam al-Quran telah dijayakan selepas solat Asar dan seterusnya Program Iftar Ramadan bersama guru-guru, tetamu jemputan dan PIBG.

Rabu, 4 Ogos 2010

Program Motivasi Peperiksaan Pelajar PMR 2010


Ibu bapa dan semua pelajar tingkatan tiga 2010 hadir pada petang 4 Ogos 2010 dalam Program Motivasi Peperiksaan PMR 2010 di Dewan Bestari. Melalui sesi ceramah oleh penceramah jemputan, Ustaz Norazman Mohamad, pelajar-pelajar menginsafi tanggungjawab dan peranan mereka untuk mencapai kecemerlangan, sekali gus memiliki watak insan mulia. Kebanyakan pelajar menangis mengalirkan air mata dan berpelukan dengan ibu bapa mereka dan menulis azam serta janji untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi anak yang soleh.

Khamis, 29 Julai 2010

Pelancaran Desa e-Kasih di Kg. Londah Gemas


YB. Dato' Seri Shapie Apdal dan YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hasan

Pelajar-pelajar SMK Jelai (F)

Tuan PPD Tampin dan Pengetua SMK Jelai (F) turut hadir

10 orang pelajar SMK Jelai (F) bertuah untuk hadir ke Pelancaran Desa e-Kasih berhampiran Kg. Londah, Gemas pada 29 Julai 2010. Dapat bertemu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato' Seri Mohd. Shapie Apdal dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan. Desa e-Kasih merupakan satu projek kerajaan untuk menyediakan kediaman kepada mereka yang miskin dan tidak berumah.

Jumaat, 23 Julai 2010

SMK Jelai (F) Model Pembestarian Pendidikan Daeah Tampin



Oleh sebab SMK Jelai (F) merupakan model atau contoh kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Tampin, daripada aspek pembangunan ICT, maka Program Pembestarian Cemerlang anjuran BTPNS, PKG dan PPD Tampin diadakan di sekolah ini pada 22 Julai 2010. Semua pengetua, guru besar dan guru penyelaras bestari daerah Tampin hadir dalam program ini.

En. Omar Ahmad, pengetua sekolah dan En. Noor Haslin Moksin, jurulatih utama Thinkquest diberi mandat untuk membentangkan ceramah perkongsian pengalaman dalam usaha membangunkan budaya ICT di sekolah ini.

Pelajar-pelajar yang menjadi tonggak kejayaan sekolah iaitu peserta-peserta Thinkquest dan Pengawas Makmal Komputer turut mengadakan pameran kejayaan mereka.

Rabu, 21 Julai 2010

Bengkel Pemantapan Diri Remaja


Program Bengkel Pemantapan Diri Remaja pada 21 Julai 2010 melibatkan 49 orang pelajar tingkatan empat (semuanya perempuan) merupakan program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama SMK Jelai (F). Diharapkan, program ini berupaya memberi kesedaran kepada semua peserta untuk mempunyai benteng diri menghadapi cabaran remaja masa kini khususnya cabaran sosial dan pengaruh kurang sihat.

Tahniah buat semua peserta terutamanya 5 orang peserta yang terpilih sebagai peserta terbaik. Kepada barisan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlibat, terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik menjayakan program.

Selasa, 20 Julai 2010

Prosedur Lawatan Pelajar

Prosedur Lawatan Pendidikan Murid Sekolah

Tips Untuk Pelajar : Atasi Rasa Rendah Diri

Isnin, 19 Julai 2010

Tugas dan Peranan PK HEM

1. Senarai Tugas Pengetua / Guru Besar dalam Pengurusan HEM

1.1 Pengurus Kurikulum
1.2 Pembangunan Diri Murid
1.3 Pengurusan dan Pembangunan
1.3.1 Murid
1.3.2 Pengurusan Personel
1.3.3 Kewangan
1.3.4 Kemudahan Fizikal
1.4 Pembangunan Organisasi.
1.5 Pembangunan Kendiri
1.6 Polisi Sekolah Selamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaraan secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat:

1.6.1 Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
1.6.2 Menyediakan Buku Panduan Sekolah Selamat untuk diedar kepada warga sekolah.
1.6.3 Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh dan tegas.
1.6.4 Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukannya.
1.6.5 Menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.
1.6.6 Mewujudkan pelan pengurusan krisis.
1.6.7 Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
1.6.8 Memastikan wujudnya unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kegiatan luar murid serta aktiviti kokurikulum dan sukan.


2. Senarai Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

2.1. Bidang Tugas

2.1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan
2.1.2 Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan Pengetua.
2.1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada)
2.1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang
2.1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 2.1.3 di atas
2.1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

2.2. Senarai Tugas

2.2.1 Disiplin

2.2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni
2.2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
2.2.1.3 Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah
2.2.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku
2.2.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid contohnya SSDM.
2.2.1.6 Menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Murid.
2.2.1.7 Merancang dan melaksanakan program peningkatan disiplin dan sahsiah murid.

2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru bimbingan dan kaunseling.
2.2.2.2 Menyelaras dan memastikan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta laporan disediakan oleh Guru Kaunseling.
2.2.2.3 Merancang dan melaksanakan program–program pengembangan, pencegahan dan pemulihan murid.

2.2.3 Program Pelindungan Murid

2.2.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat sekolah
2.2.3.2 Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan
2.2.3.3 Mengurus Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

2.2.4 Pentadbiran

2.2.4.1 Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid
2.2.4.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid
2.2.4.3 Mengurus pertukaran murid
2.2.4.4 Menyemak Buku Kedatangan Harian murid.
2.2.4.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah
2.2.4.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
2.2.4.7 Membantu merancang Takwin Sekolah

2.2.5 Kesihatan

2.2.5.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid
2.2.5.2 Memastikan program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001 / 002 dan PKS 1 / PKS 2
2.2.5.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah
2.2.5.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid

2.2.6 Skim Pinjaman Buku Teks

2.2.6.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira
2.2.6.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan
2.2.6.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks
2.2.6.4 Menyelaras kelulusan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks.

2.2.7 Biasiswa dan Bantuan

2.2.7.1 Menyelaras perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan
2.2.7.2 Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan
2.2.7.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid
2.2.7.4 Mengurus permohonan biasiswa dan bantuan

2.2.8 Polisi Sekolah Selamat

2.2.8.1 Menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Sekolah Selamat.
2.2.8.2 Membantu Pengetua dan Jawatankuasa Sekolah Selamat menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat.
2.2.8.3 Membantu menguatkuasakan semua peraturan sekolah.
2.2.8.4 Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.
2.2.8.5 Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis.
2.2.8.6 Mengenalpasti amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.
2.2.8.7 Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan
2.2.8.8 Menyelaras rekod peristiwa mengenai keselamatan.

2.3. Pengawasan Asrama (jika ada)

2.3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama
2.3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama
2.3.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama
2.3.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama
2.3.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur
2.3.6 Menyelaraskan pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama
2.3.7 Membantu dalam urusan sebutharga / tender makanan asrama sekolah
2.3.8 Mempastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah
2.3.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama
2.3.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama
2.3.11 Mengurus pemilihan penghuni asrama.

2.4. Tugas-tugas lain

2.4.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa
2.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang berkaitan dengan tugas rasmi diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Jumaat, 16 Julai 2010

Tips Tokoh : Minda Pelajar

Ahad, 11 Julai 2010

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

• Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
• Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
• Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
• Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
• Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
• Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
• Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
• Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
• Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
• Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'. • Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
• Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
• Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
• Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
• Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
• Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
• Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
• Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
• Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
• Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
• Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
• Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
• Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
• Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
• Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar.
• Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
• Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
• Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
• Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
• Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
• Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
• Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
• Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Khamis, 8 Julai 2010

Program Bengkel Seni Muzik Bersama PERIMU

Terima kasih kepada 3 penggerak utama Persatuan Pencinta Seni dan Muzik Malaysia (PERIMU) kerana telah menjayakan program khas bersama pelajar tingkatan yang bermasalah disiplin seramai 40 orang. Melalui penghayatan seni muzik dan seni suara, pelajar mendapat kesedaran bahawa mereka ada tanggungjawab sebagai pelajar dan memanfaatkan seni untuk membaiki diri dan mengenal pasti seni hiburan yang positif terutamanya berunsur dakwah untuk menjadi modal insan yang berguna. Program selama tiga jam mendapat perhatian dan kerjasama yang baik daripada semua peserta.

Rabu, 7 Julai 2010

Aktiviti Bersama Kolej PTPL Seremban

Pada Hari Kokurikulum, Hari Terbuka dan Koperasi 7 Julai 2010, Kolej PTPL Seremban telah mengadakan bengkel kerjaya dan aktiviti "Career Hunt" khusus untuk pelajar Tingkatan Lima. Tiga pasukan terbaik dalam aktiviti yang diadakan telah mendapat hadiah kemenangan. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menguruskan program ini.

Rabu, 30 Jun 2010

Pelancaran Budaya Salam 2010

Salah satu budaya sekolah yang ingin dipupuk dalam kalangan pelajar ialah Budaya Salam. Bukan sahaja beri salam semasa bertemu, malahan kod dan tatacara yang seragam diwujudkan di SMK Jelai (F) bagi semua kelas semasa memulakan pelajaran, semasa tamat kelas dan masa akhir persekolahan. Budaya menghormati guru, staf dan pelajar amat penting dalam membentuk disiplin dan budi bahasa generasi muda. Hubungan positif dan keberkatan ilmu di kelas seharusnya wujud dan mendorong pelajar untuk berjaya dalam pelajaran. Guru-guru Pendidikan Islam diharapkan akan menjadi pencetus dan perubah sikap pelajar dalam membudayakan Budaya Salam sepanjang tahun 2010. Contoh budaya salam yang diharapkan dijadikan klip video dan ditayangkan setiap hari demi menjayakan objektif program.

Isnin, 7 Jun 2010

Objektif dan KPI HEM

Objektif HEM 2010

1. Melahirkan pelajar yang bersahsiah terpuji dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi melalui budaya sekolah yang mantap.
2. Meningkatkan kualiti prasarana, keceriaan dan keselamatan untuik keselesean pelajar.
3. Mengurangkan kes salah laku disiplin pelajar terutamanya kes ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, dan vandalisme.
4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, bimbingan dan kebajikan untuk pembangunan diri pelajar.

KPI 2010

1. Kehadiran pelajar ke sekolah mencapai 85%.
2. Kebersihan, keselamatan dan keceriaan mencapai tahap optimum yang diiktiraf oleh PPD dan JPNS.
3. Mengurangkan kss salah laku disiplin pelajar ke tahap 5 %.
4. Memastikan tiada pelajar miskin dan anak yatim yang tercicir daripada mendapat sebarang bentuk bantuan kebajikan.

Sabtu, 5 Jun 2010

Guru Tingkatan Pertama Dan Kedua

SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN PERTAMA DAN KEDUA


GURU TINGKATAN PERTAMA

A. Tugas Dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. Menanda kehadiran pelajar
2. Melengkap semua maklumat dalam jadual kedatangan pelajar
3. Menghantar amaran ponteng sekolah – untuk tindakan HEM
4. Menutup bilangan hari, peratus kehadiran, purata hadir pada akhir bulan
5. Urusan Sijil Berhenti pelajar (Tingkatan 5 )
6. Daftar nama pelajar Tingkatan satu dalam “Buku Rekod Daftar Pelajar” - Tingkatan 1 sahaja



B. Yuran Pelajar/Profil Pelajar/Rekod Kesihatan Pelajar
1. Mengutip yuran pelajar dan mengeluarkan resit bayaran
2. Mengeluarkan amaran tidak membayar yuran sekolah
3. Melengkapkan rekod profil pelajar (Tingkatan 1)
4. Menyimpan rekod kesihatan pelajar (Bilik Rekod)



GURU TINGKATAN KEDUA

A. Tugasan Dalam Pengurusan Akademik Pelajar
1. Merekod markah pelajar
2. Melengkap rekod “Headcount” akademik pelajar
3. Perjumpaan 3 Penjuru
4. Perancangan Akujanji Pelajar
5. Semakan pendaftaran PMR dan SPM


B. Pengurusan Buku Teks Pelajar
1. Mengagihkan buku teks pelajar
2. Melangkapkan borang “G” SPBT
3. Mengutip kembali buku teks


TUGASAN BERSAMA

1. Pengurusan Keceriaan Kelas
2. Maklumat Penting dalam kelas
3. Carta Organisasi Kelas/ Jadual Waktu/ Pelajar Bertugas
4. Kebajikan Pelajar – anak Yatim/ Permohonan BKP2/KWAPM/Pelajar Sakit.